Saturday, January 23, 2016

Mahukan Anak Anda Cemerlang?

Sesi persekolahan sudah pun bermula. Ibu bapa harus faham, kejayaan anak-anak dalam peperiksaan diakhir tahun bermula dari awal tahun. Bermula sahaja sesi persekolahan yang baru maka ibu bapa perlu bertekad dan berazam untuk membuat satu pembaharuan agar terbentuk tabiat atau habit cemerlang dalam diri anak-anak.

Ingat, kejayaan datangnya dari sikap istiqamah. Iaitu tabiat harian anak-anak. Kejayaan besar yang dicapai esok hari adalah himpunan kejayaan-kejayaan kecil yang diperolehi setiap hari.

Oleh itu marilah kita sama-sama membentuk tabiat positif yang merupakan kejayan-kejayaan kecil setiap hari ini.

Antaranya:

1. Hari persekolahan pastikan anak-anak tidur awal.

2 Simpan semua gajet dan permainan komputer serta tutup TV di hari persekolahan.

3. Setiap hari apabila anak balik dari sekolah, minta mereka keluarkan buku-buku yang ada kerja sekolah dan letakkan atas meja. Dengan cara ini, ibu bapa dan anak-anak sentiasa ingat ada kerja yang belum disiapkan.

4 Pastikan anak-anak bangun awal dan Solat Subuh.

5. Pastikan anak-anak bersarapan pagi, usah biarkan mereka ke sekolah dengan perut kosong.

6. Jadikan tabiat untuk menyemak jadual sekolah sebelum tidur. Pastikan semua buku-buku untuk esok termasuk pakaian dan peralatan sekolah sudah tersedia.

7. Pastikan anak-anak sampai awal ke sekolah, usah lewat nanti didenda atau dicatat nama oleh pengawas. Tidak bagus untuk prestasinya dan perkembangan emosinya.

8. Tetapkan waktu belajar dan wak untuk mengulang kaji setiap hari. Sebaiknya, antara jam 8.00 hingga 10.00 malam.

9. Amalkan untuk makan malam awal. Sebaiknya sebelum jam 7.00 malam.

10. Latih anak untuk menyediakan buku kecil yang boleh dimasukkan dalam poket bagi mencatat setiap peringatan, arahan, pesanan oleh guru-guru. Dengan cara ini mereka tidak lupa.

11. Amalkan pemakanan minda seperti kismis, vitamin minda dan lain-lain. Untuk Vitamin Minda, boleh juga amalkan Genius Booster setiap hari, supaya anak mudah bangun pagi, kekal fokus dan bertenaga sepanjang pembelajaran.

Selamat beramal 😄✌🏻️

Kredit : FB Mudahnya Mengajar Anak Lelaki Fokus

===========

Dapatkan supplement minda Genius Booster dengan Stokis & Agen berdekatan anda, klik : http://bit.ly/2iCoyOj

No comments:

Post a Comment