Saturday, October 29, 2016

8 Tips Penggunaan Internet Yang Selamat Untuk Kanak-kanak





Barangkali semua manusia normal akan berasa teruja dengan internet. Maklumat dan segala kemudahan berada di hujung jari. Jarak yang jauh terasa dekat menerusi media sosial. Jadi, siapa yang tidak sukakan internet?
Tidak terkecuali juga kanak-kanak. Permainan atas talian yang menarik, video kartun kegemaran di YouTube serta silibus di sekolah turut mengajarkan subjek internet. Internet memang menjadi sebahagian besar dunia masa depan mereka.

Sebagai ibu bapa, kita sedia maklum juga tentang elemen-elemen buruk yang dibawa oleh internet terhadap kanak-kanak. Sesetengah ibu bapa merasakan keadaan masih selamat, tidak merbahaya dan meletakkan 200% kepercayaan kepada anak.

Tetapi dengan lambakan berita yang kita baca setiap hari, adakah kita masih lagi mahu menutup mata dan menafikan kesan buruk dunia internet ini kepada anak-anak kita yang masih kecil?
Apakah langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan risiko serta memastikan anak-anak kecil kita dapat meneroka internet dengan selamat?

Jadi, ikuti tip-tip berikut untuk panduan keselamatan internet bagi kanak-kanak yang boleh kita terapkan bermula dari rumah kita sendiri.

1. Ketahui pergerakan mereka
Sama seperti kita mengetahui di mana anak kita berada pada setiap masa, begitu juga sewaktu mereka melayari internet. Jadi teman sewaktu mereka melayari internet serta kenalpasti siapa kenalan mereka di media sosial. Bukan untuk mengongkong, tetapi lebih baik berjaga-jaga sebelum semua sudah terlewat nanti.

2. Pilih lokasi selamat            
Ruang menonton keluarga atau laluan utama di rumah adalah paling sesuai kerana lokasi yang terbuka dan penggunaan internet dapat di kawal. Tetapkan juga bahawa mereka hanya boleh menggunakan gajet dengan capaian internet di sini sahaja dengan kehadiran orang dewasa.

3. Tetapkan peraturan
Sesuai dengan usia anak-anak, tetapkan jadual penggunaan internet di rumah. Sekiranya tugasan harian mereka telah disempurnakan jadikan penggunaan internet ini sebagai ganjaran. Perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu sebelum melayari internet dan tetapkan masa dan laman web yang boleh dilayari.

4. Mendidik tentang privasi
Meskipun mereka masih kecil, kita mesti sentiasa mengingatkan bahawa si dia:
       I.        Tidak dibenarkan memberi nama penuh, nombor telefon, alamat emel, alamat rumah, kata laluan internet, nama sekolah dan gambar kepada orang yang tidak dikenali;
      II.        Tidak membuka emel dari orang asing;
    III.        Tidak menjawab apa-apa mesej yang mengganggu ketenteraman;
    IV.        Tidak akan berjumpa dengan sesiapa sahaja yang dikenali atas talian;
     V.        Tidak memuat-turun gambar dan status yang tidak sesuai di media sosial;
    VI.        Tidak meninggalkan komen atau kata-kata yang membuatkan orang lain tidak selesa.
Adakalanya, cara kita menggunakan media sosial menjadi contoh terdekat untuk diikuti oleh anak-anak kita. Beri contoh yang baik sewaktu mengemaskini status, gambar serta meninggalkan komen di sana.

5. Memilih aktiviti di internet
Ketahui minat si kecil kita melalui laman web yang sering dilawatinya. Ada kanak-kanak yang gemarkan eksplorasi sains, projek kraf, memasak atau teknologi internet itu sendiri.
Senaraikan laman web khas berkaitan yang menarik untuk mereka terokai. Teruskan juga dengan aktiviti fizikal agar masa mereka sentiasa dipenuhi dengan perkara berfaedah. Tidak mustahil si kecil kita akan menjadi pakar dalam bidang yang disukai si dia satu hari nanti!

6. Berterus-terang tentang bahaya internet
Cerita dan tunjukkan keratan akhbar kepada si kecil tentang bahaya internet seperti pembuli siber, pornografi kanak-kanak, pedofilia, penculikan dan sebagainya. Kanak-kanak sangat gemar mencuba tanpa menyedari akibat sesuatu perkara.
Beritahu mereka sekiranya ada situasi yang membuat mereka tidak selesa di internet, mereka perlu memberitahu kita dengan serta-merta.

7. Lakukan sendiri
Kita boleh melakukan sendiri perkara berikut untuk keselamatan pengunaan internet di rumah:
      I.           Hentikan fungsi kamera web (webcam) dan kamera sedia ada (built in camera) dengan menukar tetapan pada komputer.
    II.            Di laman web popular seperti Google dan YouTube, tukar tetapan keselamatan (safety settings) untuk menapis paparan yang tidak sesuai.
 Terdapat banyak video panduan di Youtube yang boleh kita tonton untuk panduan  keselamatan internet kanak-kanak. Ambil tahu dan lakukan langkah pencegahan demi  anak-anak kita.

8. Menggunakan perisian keselamatan
Bagi ibu bapa dengan anak-anak yang sering menggunakan internet untuk pembelajaran dan juga santai, penggunaan perisian keselamatan berbayar untuk menapis kandungan internet adalah lebih baik.

Terdapat pelbagai variasi mengikut keperluan dan keutamaan setiap keluarga. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar dengan berkunjung ke kedai perisian komputer berdekatan.
Internet akan menjadi selamat jika kita sebagai ibu bapa atau penjaga mencorakkan budaya penggunaan internet yang selamat sejak anak-anak masih kecil lagi.
Ajar anak kita untuk memberi respon ‘Tidak’ kepada perkara yang membuatkan si dia merasa ragu-ragu dan tidak selesa sewaktu melayari internet.

Jadi teman baik dan terokai dunia internet hari ini dengan duduk bersama-sama mereka beserta panduan, nasihat dan didikan yang berterusan.
Suatu hari nanti mereka akan melayari internet tanpa kita di sisi dan semoga mereka dapat membuat pilihan yang tepat.
Selamat berjuang memberikan dunia yang lebih baik untuk anak-anak kita!

8 Tips Dato’ Fadzilah Kamsah Mendidik Anak Jadi Genius


“ada ibu bapa yg tidak perihatin atau tidak mahu ajar anak merangsang anak untuk memenuhi keinginan ini. Jadi kepintaran yg ada tidak digunakan sepenuhnya untuk menerokai apa yg ingin diketahui dan dipelajari menyebabkan kepintaranya tebantut begitu sahaja.sebab itulah ada kes,semasa kecil seseorang kanak-kanak itu dikatakan genius tetapi bila meningkat remaja dan dewasa,kegeniusan ini hilagn begitu saja kerana tidak ada rangsangan beterusan dari ibu bapa” ujar Dato’ Fadzilah Kamsah.

Untuk itu beliau telah memberikan tips bagaimana cara yg bekesan dalam mendidik anak menjadi genius.

1. Doa ibu bapa
sebagai ibu bapa doa sangat penting kerana hanya Allah tempat kita memohon agar anak2 yg dilahirkan sentiasa dalam pelindunganya, diberikan kecerdasan akal,akhlak mulia,mendengar kata dan bebudi pekerti.Bila pakej ini ada dlm disi seseorang dr kecil, tdk mustahil anak itu blh menjadi genius sebagaimana yg diharap oleh ibu bapa dlm doanya,pun begitu,pastikn doa yg dilakukan dgn niat ikhlas ,tulus penuh rendah dir kpd Yang Maha Esa.

2. Didik secara besungguh-sungguh .
Anak genius adalah seorang anak yg suka mencr ilmu, sentiasa betanya ,befikir dan sentiasa mempunyai naluri ingin tahu dlm dirinya,jika ibu bapa mengenal pasti potensi ini dari awal,maka itu petanda anak itu boleh dirangsang menjadi genius.Maka ibu bapa haruslah bersungguh2 untuk mendidik ,menggalak dan merangsang keperluan ini dan membimbing potensi yg ada supaya tidak di salahgunakan kpd yg tidak baik, sebab itulah ibu bapa harus tegas dlm memantau pembelajaran anak. namun pantauan mestilah penuh behemah dan kasih sayang.

3. Terima anak seadanya.
Bukan semua impian dan harapan untuk mendapat anak genius itu menjadi kenyataan .oleh itu jangan meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap anak,malah setiap anak itu tidak sama kepintaran dan kelebihan yg dimiliki. terimalah anak seadanya.Hanya kebijaksanaan ibu bapa menggilap potensi,jika ada usaha kalau anak tidak genius pun dia boleh menjadi seorang yg pandai.tetapi tidak lah genius krn anak yg genius adalah anak yg sentiasa rajin mencari ilmu dan sentiasa befikir.

4. Sediakan suasana yg boleh merangsang.
Ibu bapa perlu bentuk suasana rumah tangga yg boleh merangsang otak anak.contohnya,melalui warna dinding ,barang permainan dan perhiasan rumah.semua ini,ada maksud tertentu. bapa misalnya boleh bercakap dgn anak, kenapa dia meletakan meja di sudut tertentu. Jelaskan sebabnya kerana ia mengarah kiblat,Atau papa cat bilik warna hijau adalah untuk memberikanya suasana lebih santai dan tenang dan kreatif befikir.

5. Amalkan pemakanan seimbang & gaya hidup sihat.
Otak cergas datang dari badan dan makanan sihat,Anak genius tidak makan makanan ringan.Galakan atau lakukan besama anak rutin melakukan senaman,riadah dan besukan .

6. Sentiasa mengekalkan hubungan rapat dgn anak.
Sebagai ibu bapa,hubungan dgn anak mestilah rapat mesra dan harmoni dalam kehidupan berkeluarga dan saling memerlukan,betimbang rasa,betolak ansur dan memahami satu sama lain walaupun dgn anak.

7. Menjalin hubungan rapat dengan guru
sentiasalah mengadakan hubungan rapat dgn guru,jadi guru akan menyayangi dan mengambil berat pada anak kita. Sentiasa tolong menolong dan berbincang dgn guru tentang pelajar dan perilaku anak di sekolah.

8. Perlu satu institusi khas dan kumpulan sokongan.
Untuk melahirkan lebih ramai anak yang genius, satu institusi perlu dibentuk untuk merangsang anak menjadi hebat dan perlu ada kumpulan sokongan untuk anak pintar.

Tips Mendidik Anak Perempuan

Pernah kita dengar orang duk cakap "Jaga lembu sekandang lebih senang dari nak jaga anak dara seorang". Bunyinya macam teruk nak jaga anak perempuan, ya memang teruk jika ibubapa salah ajaran diperingkat awal, ketika anak masih kecil.

Memang jelas sifat antara lelaki dan perempuan jauh berbeza, jadi pendekatan untuk mendidik mereka juga berbeza, sesuai dengan jantina mereka. Cuma kasih sayang itu perlu dibahagikan secara adil tak mengira jantina anak kita.


Anak perempuan selalunya lebih manja, dan biasanya begitu rapat dengan bapa berbanding si ibu.Tapi si bapa harus berjaga-jaga bila semakin membesar, menjadi terlampau manja pula.

Ok jadi tips untuk mendidik anak perempuan adalah seperti berikut :

1. Didik dan ajar anak perempuan kita agar menutup aurat dari sejak kecil, jelas dengan tepat kenapa mereka perlu menutup aurat.

2. Beri galakkan untuk anak perempuan menolong ibu buat kerja rumah, biar mereka tidak rasa kekok untuk buat kerja-kerja rumah. Kalau ada kesempatan selalulah bawa anak perempaun ikut pergi rewang di kenduri untuk menolong orang lain memasak, supaya mereka tidak kekok untuk bercampur dalam masyarakat nanti.

3. Ajar mereka untuk sentiasa bersopan santun dan berlemah lembut.

4. Ajarkan mereka ilmu tentang haids, cara mandi wajib, nifas, pendek kata hal-hal perempuan apabila mereka sudah akil baligh, selalunya biarlah kaum ibu yang galas tugas ini lebih senang.

5. Anak perempuan juga kena berikan galakkan untuk pandai memasak, biarlah mereka tahu mengruskan hal rumahtangga. Memang betul zaman sekarang sudah ramai perempuan yang bekerja, tetapi perlu reti juga untuk memasak atau mengemas rumah.

Anda didik anak anda macamana? Boleh kongsikan dengan kami?

16 Tips Menjadi Ibu Bapa Yang Penyabar

Ibu bapa yang sabar semasa membesarkan anak pasti dikenang sampai bila-bila.


“Sabar itu separuh daripada iman”.


Bukan mudah menjadi ibu bapa yang sabar di zaman serba moden dan maju ini.


Tugas dan beban yang perlu ditanggung dalam kehidupan sehari-hari pastinya banyak mencabar daya kesabaran kita.


Mempunyai kesabaran yang tinggi adalah idaman setiap ibu bapa, namun tak semua ibu bapa dapat bertahan dengan kesabaran yang mutlak.


    Kesabaran bukan boleh diadakan atau dibeli dimana-mana, tetapi satu sifat yang perlu diasah dan dipupuk ke dalam jiwa.


Sifat sabar adalah sifat mahmudah yang terpuji.


Nabi Muhamad adalah nabi dan rasul yang amat penyabar. Contohnya kita boleh lihat kesabaran nabi semasa peristiwa Thaif.


Sifat sabar dalam diri ibu bapa adalah kunci segala kejayaan dalam mendidik anak-anak.


Ibu bapa wajib mendidik diri menjadi seorang yang sabar dan sentiasa bersabar dengan apa jua keadaan. Kerana kesabaran yang tinggi sahaja membolehkan ibu bapa menangani setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak-anak.


Ibu bapa yang tidak dapat mengawal kemarahan, sensitif dan tidak tabah akan mengalami kegagalan dalam mendidik anak.

Disini ada beberapa cadangan untuk ibu bapa supaya dapat menjadi seorang yang sabar:


1. Hadapi karenah anak yang degil, suka bergaduh, menyelerakkan peralatan, kotor dan lain-lain dengan tenang. Anggaplah usia anak yang masih kecil berkelakuan sedemikian ini hanya bersifat sementara. Cuba layani setiap karenah anak tanpa makian, rotan dan kemarahan. Berlembut dengan anak-anak dengan memuji mereka jika mereka meninggalkan kesalahan.


2. Semua ibu bapa menghadapi masalah yang sama, kita kita perlu tabah menghadapinya. Jika kita mempunyai anak yang degil, begitu juga dengan orang lain. Jadi bukan anda seorang diuji sebegitu.


3. Anak-anak perlu dididik sedikit demi sedikit dan berperingkat. Anak-anak menerima arahan dan perintah dengan gembira apabila arahan itu diberikan dengan penuh kegembiraan dan mesra.


4. Anggap segala karenah anak-anak adalah ujian Tuhan untuk hambanya. Allah pasti membalas segala kesabaran kita semasa proses membesarkan anak-anak. Setiap ujian tuhan pasti dibalas dengan baik apabila ibu bapa mampu bersabar.


5. Elakkan tekanan dan cuba belajar mengurangkan konflik suami isteri, tempat kerja dan lain-lain yang menjadikan anda kurang sabar. Tekanan mesti dikurangkan dan dielakkan supaya ketegangan dan konflik berterusan dapat dijauhi.


6. Banyakkan membaca nama tuhan: Ya Shabur sebanyak mungkin setiap hari supaya anda menjadi seorang penyabar.


7. Elakkan membiarkan masalah kecil menjadi besar. Setiap  masalah yang kecil perlu diselesaikan sebelum ia merebak menjadi masalah besar. Apabila menghadapi masalah besar, kesabaran agak sukar dicapai dan kemarahan mudah menimpa anda.


8. Banyakkan membaca surah Yasin untuk melembutkan hati. Sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa. Apabila hati lembut, kesabaran diperoleh.


9. Elakkan mudah tertekan seperti kesesakan lalu lintas, suasana bising dan kurang tidur. Pastikan perkara itu dielakkan supaya mengelakkan anda tertekan dan mudah marah.


10. Banyakkan istigfar dan taawwuz untuk menjauhkan syaitan.


11. Kekalkan diri dalam keadaan wuduk.


12. Tanamkan kegembiraan dalam hati kerana mendapat anak. Bayangkan hidup tanpa anak, kosong dan sunyi.


13. Jadikan anak-anak sebagai hiburan dan kawan sepermainan. Anak yang rapat dan mesra dengan ibu bapa akan kurang membuat karenah dan tidak menyusahkan ibu bapa.


14. Biarkan anak-anak sebagai meluahkan perasaan mereka walaupun usia mereka masih kecil. Walaupun masih kecil, mereka juga berhak menyuarakan luahan dan perasaan. Ini akan merapatkan hubungan ibu bapa dan anak-anak.


15. Didiklah diri bahawa anak-anak bencikan ibu bapa yang pemarah tetapi menyayangi ibu bapa yang bersabar. Apabila anda berfikir sedemikian, anda berusaha bersabar demi anak-anak.


16. Kesabaran disukai Tuhan dan kunci ke syurga. Bersabarlah semoga mendapat balasan syurga di akhirat nanti.


Demikian beberapa cara dan cadangan kepada ibu bapa untuk menjadi penyabar dan mendapat kesabaran.


Memang bukan mudah mencapai kesabaran apabila tiada kemahuan dan tidak mahu berubah. Kalau anda seorang yang panas baran, mendidik diri menjadi sabar adalah hijrah ke arah kebaikan.


Setiap kejayaan itu adalah kerana diiringi dengan kesabaran. Tanpa kesabaran, matlamat dan kejayaan sukar dicapai. Hanya ibu bapa yang penyabar akan menjadikan anak mereka cemerlang dan gemilang.

Semoga perkongsian ni memberi 1001 manfaat kepada pembaca.

Tips Mendidik Anak Lelaki

1. Semua bayi di dalam kandungan sehingga usia 6 minggu adalah berbentuk perempuan. Pada 6 minggu, roh ditiupkan. Seandainya roh tidak serasi dengan jasad, maka Allah akan gugurkan kandungan itu. Jika roh itu lelaki dan bayi membawa kromosom XY, maka testosterone level akan naik dan jasad mula berubah menjadi lelaki.Antara perubahannya adalah otak lelaki adalah 10% lebih besar daripada perempuan. 
 
Ini bukan bererti mereka lebih bijak, ruang lebih besar bererti aliran darah lebih perlahan. Maka, memang sifat semulajadi lelaki itu slow motion, contoh anak lelaki susah sedikit hendak bangun pagi. Anak lelaki sifatnya apabila bangun pagi, hanya boleh berfikir satu perkara pada satu masa, manakala anak perempuan auto-pilot terus berfikir untuk mandi, solat, bersiap ke sekolah dan sebagainya. Amat pantang jika anak lelaki dimarahi pada waktu pagi, kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran anak itu di sekolah nanti, kecuali ada tempat untuk anak melepaskan kecamukan dalam fikirannya, seperti "punching bag".
2. Sifat2 anak lelaki yang perlu kita tahu, kerana cara mendidik mereka adalah tidak sama dengan anak perempuan, antaranya sifat mereka "hak aku, hak aku, hak orang pun hak aku" (possessive). Anak lelaki (dan lelaki secara general) sukakan penyokong dan penonton, maka jika mereka bergaduh, sokong dulu idea beliau (sambungkan emosi dengan emosi), kemudian baru kita beritahu logik. 
 
Contoh, anak lelaki yang berebut basikal dengan anak tetamu yang datang bertandang ke rumah kita. Anak kita defensive kerana sayang basikal beliau, maka kita sokong dahulu perbuatannya, baru kita pujuk dengan cara memberitahu kawannya hanya ingin meminjam, bukan ingin mengambil terus.
3. Disebabkan oleh tingginya paras hormon testostern dalam diri kanak2 lelaki, otak kanak-kanak lelaki pada usia 2 tahun, hanya otak kanan yang matang, jadi secara semulajadi mereka belum pandai bercakap tetapi visuospatial sangat baik, contohnya mereka suka melihat tayar kereta mainan bergerak dan mengagak kelajuan kereta itu. 
 
Kanak2 perempuan sudah matan kedua2 bahagian otak pada usia 2 tahun, dan oleh kerana itu mereka cepat bercakap dan fasih berkomunikasi. Dikatakan bahawa kematangan seorang kanak2 lelaki berusia 6 tahun adalah sama dengan kematangan kanak2 perempuan 4 tahun. Subhanallah...
4. Boys dilahirkan dengan sifat "born to kill" jadi mereka memang suka mengawal, berlawan, nak jadi hero dan superhero. So as parents, layankan ajer jika anak nak pakai baju SpiderMan. Membelai kejantanan dalam diri anak itu... Girls pulak suka melawa (perasan lawa) dan suka dipuji. Oleh sebab itu, mereka suka melaram dan main anak patung cantik2. Mereka juga sangat suka kalau anak patung mereka turut diiktiraf apatah lagi jika dipuji.
5. Semasa anak lelaki berusia 7-14 tahun, amat penting untuk anak2 lelaki ini menjadikan ayahnya sebagai idola.
6. Girls can adapat to any lighting situation, boys will shutdown their mind when it's dark. Sebab itu lelaki digalakkan bersolat secara berjemaah di masjid, manakala wanita paling afdhal solat di rumah dan boleh bertahajjud di dalam gelap dan sebagainya.
Kredit : Dr Aisya Hafiz. 
 
Peranan Bapa:
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih di bawah 5 tahun.
2. Bawa anak bersiar2 dan spend waktu bersamanya.
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal.
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi yang terbaik. Apa yang bapa buat akan diikut oleh anak. Bapak borek anak rintik giteww.  Contoh... jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa bukan perokok.
5.  Dukung anak atas bahu. Ini membolehkan pemandangan anak itu dapat dilihat daripada pemandangan bapanya.

Peranan Ibu:
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu.

2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal2 yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.

3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.

#cuba terapkan...anak lelaki RAPAT dengan ibu...sebab senang dalam meluahkan segalanya...kenapa??? doa ibu dan kasih sayang ibu teramat lah bernilai...setiap titik kasih sayang tu adalah syurga bagi mereka... In Shaa Allah... Percaya tak??? Anak lelaki yang lebih rapat dengan ibu adalah lebih manja dan kita mudah mengenali setiap gerak geri anak kita... # - jomlah kita mulakan dari sekarang sebelum terlewat.

Kredit : Dr. Harlina Siraj

Tips Mendidik Anak Kecil Tanpa Rasa Marah



Tips Mendidik Anak Kecil Tanpa Rasa Marah

Memang tidak mudah mendidik anak-anak. Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda cara mendidik anak ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.

Tentunya anda tidak mahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang pemarah.

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.

Disini saya berkongsi tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan  marah kepada anak kecil anda. InsyaAllah cara mendidik anak ini berkesan.

1.    Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.
2.    Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.

4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.

5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil

6. Anda perlu memandu anak anda semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.

7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.

Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai dan menghormati anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai dan menghormati anda. Kerana mereka belajar dari anda.
Mereka seperti anda juga, melalui zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui zaman dewasa. Sama seperti anda. Fikirkanlah. Semoga tips dalam mendidik anak ini membantu anda.

Tips Mendidik Anak Kecil Dengan Rotan

Islam membenarkan merotan dalam mendidik anak. Kerana anak-anak perlukan sedikit kesakitan untuk mereka insaf dan tidak mengulangi perkara yang tidak baik. Namun merotan adalah jalan terakhir selepas menasihati berulang kali dan selepas memberi amaran.

Dan merotan hanya selepas anak berumur lebih 10 tahun. Dan merotan pada bahagian betis atau bahagian bawah lutut sahaja. TIDAK boleh merotan pada bahagian badan atau muka. Dan tidak boleh terlalu kuat. Dan semasa mengangkat rotan tidak boleh nampak ketiak (maksudnya tidak boleh angkat tinggi). Dan selepas merotan perlu mengingatkan anak anda kenapa mereka dirotan.

Semoga artikel tips cara mendidik anak kecil ini membantu anda hidup lebih bahagia bersama anak-anak anda. Anda mampu mengubahnya.

Sunday, October 23, 2016

Panduan Merangsang Imaginasi Si Kecil


BERCERITA MERANGSANG IMAGINASI ANAK

Semua orang suka mendengar cerita.Bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan sehinggalah kepada orang dewasa.Tetapi anak kecil lah adalah insan yang paling suka untuk mendengar cerita.

Malangnya, aktiviti ini telah banyak dilupakan oleh ibu bapa pada waktu sekarang, atau tiada masa untuk meluangkan masa dengan anak oleh sebab keperluan hidup yang mendesak, sehingga mengorbankan masa dengan anak-anak.

Sebenarnya, semua ibubapa boleh meluangkan masa dengan anak-anak (kalau mereka mahu).
Mari kita teliti apakah kebaikan dan kelebihan yang dapat diberikan kepada anak dengan aktiviti bercerita.


KEBAIKAN BERCERITA KEPADA ANAK-ANAK

Children may lose thinking capacities and analyzing powers if they are exposed to television, several hours a day.
Anak kecil adalah insan yang lambat untuk memahami dan berfikir dengan perlahan, oleh itu mereka lebih sesuai didedahkan dengan hiburan yang khas untuk mereka. Yang mampu berinteraksi dengan mereka.

Oleh itu bercerita adalah jawapannya. Bercerita adalah aktiviti yang mampu memindahkan emosi dan perasaan, dan melonjakkan keupayaan berfikir anak-anak.

Banyak kajian membuktikan bahawa aktiviti bercerita mempunyai banyak manfaat kepada anak-anak.
Bukan sahaja sejak bayi, malah semasa anak masih dalam kandungan pun, iaitu apabila pendengarannya mula berfungsi kita sudah sedia boleh membacakan buku untuknya.

MERANGSANG SEL-SEL OTAK BAYI

Tahukah anda bahawa cerita-cerita yang didengar oleh anak sejak bayi akan mengaktifkan sel-sel saraf pada otak dan membuatkan otaknya lebih aktif. Ini secara langsung ada kaitan dengan perkembangan kecerdasan intelektualnya.

Cerita yang disampaikan mampu untuk merangsang pancaindera anak kecil, terutamanya pendengaran dan penglihatan sehingga anak terlatih menerima sebegitu banyak maklumat.

Maklumat yang diterima akan memaksimumkan tumbesaran anak. Jadi usah hairan sekiranya bayi yang selalu mendengar cerita akan lebih cepat meniarap, merangkak, membaca menulis dan sebagainya. Itu adalah kerana perkembangan otaknya lebih optimum.
Perkembangan otak yang optimum juga akan menjadikan anak lebih cepat menerima apa sahaja yang diajarkan kepadanya.

MELATIH ANAK UNTUK LEBIH PEKA
Anak yang sering mendengar ibu bapanya bercerita akan membesar menjadi yang lebih peka. Kepekaan ini akan melahirkan sikap-sikap positif yang lain seperti perasaan ingin tahu, yakin diri dan lain-lain.

Dengan kata lain, kecerdasan emosional, spiritual dan ketahanan mental akan berkembang.
Pada umumnya, cerita akan lebih berkesan berbanding dengan nasihat kerana cerita akan terakam dengan lebih kuat dalam ingatan.
Cerita juga akan menjadikan otak kita lebih relaks.

BERCERITA TIDAK SEMESTINYA MEMBACAKAN BUKU CERITA.

Bercerita juga boleh dilakukan semasa beraktiviti. Contohnya semasa anak makan, mandi ataupun semasa berdukung.

Gunakan intonasi suara yang berbeza supaya aktiviti bercerita menjadi lebih menarik, sekali gus merangsang pancaindera pendengaran anak kecil.
Suara bernada tinggi untuk orang A, suara rendah untuk orang B, suara nyaring untuk orang C, dan seterusnya.
Intonasi yang berubah-ubah ini membuatkan anak-anak berimaginasi dan menghasilkan rakaman dalam otaknya. Intonasi yang berbeza juga menimbulkan persepsi yang berbeza-beza.
Cuba bandingkan ‘semut kecil’ dengan ‘semul keciiiiil’. Tentu kita bayangkan ‘semut keciiiiil’ lebih kecil daripada ‘semut kecil’

GUNAKAN GERAKAN PANTOMIN SEMASA BERCERITA.

Contohnya ketika bercerita tentang kuda melompat, ibu bapa boleh melakonkan dengan aksi melompat, ibu bapa boleh melakonkan dengan aksi melompat dan ekspressi wajah yang sesuai.

Tunjukkan perasaan ikhlas semasa bercerita kerana aktiviti ini akan membina ikatan jiwa. Anak-anak dapat merasakan kasih sayang dan perhatian ibu bapa.
Anak-anak juga dapat merasakan sekiranya ibu bapa mereka bercerita kerana terpaksa.

APA SAHAJA BOLEH DIJADIKAN CERITA.

Bukan hanya cerita yang mengandungi pesanan tetapi kisah sehari-hari yang biasa juga boleh diceritakan kepada anak-anak. Contohnya cerita ketika ibu menggantikan lampin, menyuapkan makanan, ataupun kisah tentang berjalan-jalan ke taman bunga.

HADKAN WAKTU BERCERITA.

Waktu bercerita kepada anak-anak mesti dihadkan kerana tempoh perhatian dan konsentrasi  mereka masih sangat terbatas.
Sebagai permulaan, bercerita selama dua hingga lima minit sahaja. Walaupun masanya agak singkat, kita dapat melihat kesannya sekiranya sering dilakukan.

KESABARAN.
Satu perkara yang perlu ada semasa bercerita kepada anak-anak adalah kesabaran. Mengapa?
Respon yang ditunjukkan oleh anak kecil selalunya tidak jelas ataupun tidak kelihatan. Ini berbeza dengan responsnya lebih ketara.

Sama ada mereka gembira, marah, suka dan sebagainya. Ibu bapa juga harus pandai mencari peluang yang baik untuk dirinya dan anak bagi melakukan aktiviti bercerita ini.

TIPS MEMILIH CERITA UNTUK DIDENGARKAN KEPADA ANAK

1. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak dapat menyerap maklumat dengan sangat cepat ketika masih kecil.
Sekiranya ada maklumat yang diterima itu mengelirukan, kesannya mungkin tidak kelihatan pada masa itu tetapi pada kemudian hari apabila anak itu menjadi besar.

2. Jauhkan anak-anak daripada cerita yang mempunyai kesan negatif seperti cerita yang memburukan orang lain ataupun cerita tentang keluhan ibu bapa.

3. Cerita haiwan, terutamanya cerita yang mengandungi banyak pelajaran dan nasihat. Penggunaan haiwan sebagai peranan dalam cerita akan menggalakkan anak untuk berimaginatif. Melalui imaginasi inilah munculnya idea-idea kreatif.



Semoga bermanfaat.