Tips Mendidik Anak Kecil Tanpa Rasa
Marah
Memang tidak mudah mendidik anak-anak.
Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa
hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan
muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda cara mendidik
anak ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.
Tentunya anda tidak mahu anak anda
membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda
pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana
andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah
terganggu dan menjadi seorang pemarah.
Sebenarnya memori anak anda semasa
kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang
mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru.
Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu
menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri
mereka.
Disini saya berkongsi tips mendidik
anak yang dapat membantu anda mengurangkan
marah kepada anak kecil anda. InsyaAllah cara mendidik anak ini berkesan.
1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan
dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah
anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti.
Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya
pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada
anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu
mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara
lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan
seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang
manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan
mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
4. Didik diri anda sendiri untuk
menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda
perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna
jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.
5. Elakkan mengeluarkan kata-kata
negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda
didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga
dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun
mereka masih kecil
6. Anda perlu memandu anak anda
semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul
di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat.
TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa
yang mereka lihat di kaca TV.
7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat
al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah
mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan
hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.
Salah satu tanggungjawab yang sering
diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini
sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai dan
menghormati anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai dan menghormati
anda. Kerana mereka belajar dari anda.
Mereka seperti anda juga, melalui
zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui
zaman dewasa. Sama seperti anda. Fikirkanlah. Semoga tips dalam mendidik anak
ini membantu anda.
Tips Mendidik Anak Kecil Dengan
Rotan
Islam membenarkan merotan dalam
mendidik anak. Kerana anak-anak perlukan sedikit kesakitan untuk mereka insaf
dan tidak mengulangi perkara yang tidak baik. Namun merotan adalah jalan
terakhir selepas menasihati berulang kali dan selepas memberi amaran.
Dan merotan hanya selepas anak
berumur lebih 10 tahun. Dan merotan pada bahagian betis atau bahagian bawah lutut
sahaja. TIDAK boleh merotan pada bahagian badan atau muka. Dan tidak boleh
terlalu kuat. Dan semasa mengangkat rotan tidak boleh nampak ketiak (maksudnya
tidak boleh angkat tinggi). Dan selepas merotan perlu mengingatkan anak anda
kenapa mereka dirotan.
Semoga artikel tips cara mendidik
anak kecil ini membantu anda hidup lebih bahagia bersama anak-anak anda. Anda
mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment