Sunday, September 17, 2017

Genius Booster DeAlami untuk Anak Cemerlang

Memperkenalkan GENIUS BOOSTER, vitamin minda yang berasaskan Homeopati untuk cerdas minda serta membangunkan sel-sel otak kanak-kanak.
(Sesuai untuk usia 1 tahun ke atas sehingga dewasa)




========================== 
KELEBIHAN GENIUS BOOSTER
========================== 
✔ Lebih fokus dalam pelajaran 
✔ Mengatasi masalah stress 
✔ Mengatasi masalah hiperaktif 
✔ Mengatasi masalah bertutur 
✔ Meningkatkan selera makan 
✔ Mencerdaskan minda 
✔ Menguatkan daya ingatan 
✔ Menambah daya kreativiti 
✔ Menambah daya tenaga mental 
✔ Mewujudkan ketenangan



GENIUS BOOSTER 
➕ Selamat tanpa dadah dan kesan sampingan 
➕ Banyak testimoni positif dari ibu-ibu 
➕ Lebih 10,000 unit telah diedarkan di seluruh Malaysia selepas baru sahaja dilancarkan 
➕ Repeat order yg tinggi 
➕ Selamat tanpa dadah dan tiada kesan sampingan 

    ========================== 
  TESTIMONI
    ========================== 

Kami telah menerima beratus-ratus testimoni dari ibu-ibu yang berpuas hati dengan hasil penggunaan Genius Booster DeAlami, 
anda dijemput lihat disini : http://goo.gl/13jb65


Si manja dan ibu kedua-duanya mudah bangun pagi... Alhamdulillah.... :)


Dulu si anak susah sangat nak belajar, banyak alasan... Sekarang Alhamdulillah dah jadi semakin rajin....



Anak mudah bangun pagi untuk ke sekolah & makin cekap matematik



Cucu dah boleh bertutur dengan lancar dan emosi jadi lebih stabil



Anak dah boleh hafal Al-Quran dengan lancar, badan rasa bertenaga. Alhamdulillah...


Anak dah makin mudah ingat, makin mudah faham...



Anak semakin aktif dan makin bertenaga. Selera makan makan bertambah.
Alhamdulillah semua dengan izin Allah. :D



HARGA

BOTOL KECIL
Harga RM40.00
Mengandungi 135 biji. Untuk penggunaan 1 bulan.


BOTOL BESAR
Harga RM65.00
Mengandungi 338 biji. Untuk penggunaan 2 bulan lebih



       DAFTAR JADI STOKIS/AGEN
☎ Kota Bharu, Kelantan - HQ De Alami Shoppe 017 9784787


BELIAN RUNCIT SELURUH MALAYSIA, SINGAPURA & INDONESIA
Klik : goo.gl/AxdgRs

============================

PAKEJ AGEN & STOKIS GENIUS BOOSTER


AGEN : (Minima order RM360 setiap pembelian)
STOKIS : (Minima order RM2500 setiap pembelian)


NOTA : 

+ Boleh campur Botol Besar & Botol Kecil
+ Flyers promosi disediakan
+ Gambar, Testimoni, Ayat Promosi, Ayat Jualan, Teknik Marketing Online disediakan di Group Rahsia (FB Group & WhatsApp Group)
+ No H/P anda akan diletakkan di FB & Instagram (akaun Genius Booster)



Alamat kami :
De Alami Shoppe
Jln Long Yunus,
Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-746 25 26

Like page kami di sini : Facebook
Follow instagram : @geniusbooster.hq
Blog : www.geniusbooster2u.blogspot.com

Panduan Asas Menghadapi Peperiksaan



PANDUAN ASAS MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Berikut beberapa panduan yang anak-anak boleh ikuti ya.
Jum baca  


.
BANGUN AWAL DAN SOLAT HAJAT
Kenapa perlu adik-adik bangun awal? Pertama, supaya otak kita cergas dan cerdas.
Kedua, supaya kita dapat bermunajat kepada maha pencipta.
Kalau boleh, bangun sepertiga malam. Solat hajat, kemudian berdoa bersungguh-sungguh.
Kemudian, jangan sambung tidur, dikhuatiri akan terus terlelap dan bangun lewat. Lebih elok jika adik-adik sambung studi sampai pukul 7 pagi dan terus ke sekolah.
Waktu yang sesuai untuk bangun? Pukul 3-5 pagi.


.
AMBIL SARAPAN UNTUK TENAGA BADAN DAN MINDA
Ini sangat penting ya adik-adik. Sarapan adalah menu yang pertama yang masuk ke dalam perut adik-adik sebelum memulakan aktiviti harian.
Menu yang patut untuk sarapan?
+ Telur separuh masak
+ Satu sudu setengah madu
+ Roti + Kaya / Marjerin
+ Susu
Mesti ada salah satu menu di atas dalam satu hidangan ya adik-adik.
Jum Bersarapan !
.


TENANG KETIKA MASUK DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
Adik-adik, cikgu nak pesan, jangan gelabah ya. Tenang sahaja. Setenang air yang mengalir. Ikut sahaja arus.
Banyakkan berselawat. Banyakkan senyum. Senyum sahaja kepada kawan-kawan dan pengawas peperiksaan yang adik jumpa.
Jangan lupa baca Bismillah sebelum menjawab kertas soalan.
Bismillahirrahmanirrahim
.


JIKA ADA SOALAN SUSAH, ABAIKAN DAN JAWAB SOALAN YANG MUDAH DAHULU.
Bila terjumpa soalan yang susah, tinggalkan sementara. Tengok soalan lain dahulu. Ingat, masa itu emas. Jangan tertumpu pada satu soalan bila tak boleh nak jawab.
Terus sahaja 'jump' atau buat soalan seterusnya.
.


INGAT KEMBALI POINT-POINT ATAU FORMULA YANG PENTING
Satu lagi cikgu nak pesan, buka sahaja kertas soalan, benda pertama yang harus adik-adik buat adalah, tulis formula dan point-point yang penting mengikut urutan.
Tulis sahaja, kemudian, baru mula menjawab. Dikhuatiri adik-adik terlupa formula semasa menatap kertas peperiksaan terlalu lama.
.


SEMAK KEMBALI KERTAS SOALAN & JAWAPAN SEBELUM MASA PEPERIKSAAN TAMAT
Selepas habis menjawab semua soalan, opppsss, jangan tutup dahulu.
Check / periksa kembali jawapan. Pergi kepada muka surat pertama. Takut ada yang tertinggal atau jawapan salah.
Kalau boleh, 15 minit sebelum masa tamat, waktu ni diperuntukkan untuk periksa ejaan, formula,jawapan dan sebagainya.
Ingat, 15 minit ini adalah masa yang sangat penting ! Fokus !
.


SELEPAS KELUAR DARI DEWAN PEPERIKSAAN, ELAKKAN BERBINCANG TENTANG SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN RAKAN
Haaaa, yang ni mesti adik-adik selalu buat kan?
Elakkan ya. Kalau peperiksaan kertas pertama pun banyak silap selepas berbincang dengan rakan-rakan anda, mesti adik-adik akan down bila nak jawab kertas peperiksaan seterusnya.
Elakkan ya. Elakkan.
.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN 😊
GOOD LUCK DIKKKK !

Wednesday, December 28, 2016

10 Tips Didik Anak Jadi Baik & Genius


Ada banyak cara untuk membesarkan anak dengan mengikut acuan dan pengalaman sendiri. Itu dari turun-temurun. Mungkin betul, mungkin salah.

Bagaimana kalau dengan bukti sains yang serba-sedikit dapat membantu? Mari kita bongkarkan bersama-sama.

1. Selalu bergurau, buat lawak dan ketawa bersama
Hasil kajian  Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science  pada tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak, diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia.

2. Sentiasa bersabar dan berfikiran positif
Ibu-bapa jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila mereka dilayan dengan kasar, minda mereka akan diracuni dengan perihal negatif. Tambahan lagi, jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika berada di rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahun, anak boleh jadi agresif. Ia akan tersimpan dan menjadi-jadi apabila dewasa.

3. Tanamkan sifat bersimpati pada orang lain
Tidak bermakna tidak bersimpati pada diri sendiri. Namun, terapkan rasa simpati atas kesusahan orang lain. Jika nampak ada orang minta sedekah, ajar anak erti kesusahan. Berikan mereka setidak-tidaknya RM1 untuk disedekahkan. Mungkin nilai material tidak besar, tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yang amat mendalam.

4. Biarkan anak berdikari
Bukan ibu-bapa tidak sayang. Setidak-tidaknya, kita lihat mereka berusaha dengan kudrat sendiri. Jika berjalan-jalan di luar, cuba biarkan anak beli makanan sendiri. Kita perhatikan dari jauh sahaja.
5. Elakkan bergaduh di hadapan anak
Ini penting. Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat. Anak akan rasa runsing, tidak tenteram dan emosi tidak stabil. Kalau nak gaduh, sila masuk dalam bilik tidur. Silap-silap boleh dapat anak lagi satu.

6. Jaga kesihatan, elakkan tekanan
Stress cukup sinonim pada zaman sekarang. Mungkin sebab kerja di pejabat, mungkin juga sebab kerja-kerja rumah. Ubat tahan sakit bagaikan makanan harian pula. Ibu-bapa kena faham, bila mereka tertekan, anak juga terasa tempiasnya. Ini kerana mereka akan rasa layanan yang berlainan.

7. Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki
Ini bukan sekadar soal jantina semata-mata. Ia adalah lebih kepada kemesraan. Selalunya, apabila anak semakin membesar, mereka masih lagi inginkan pelukan dan ciuman dari ibu-bapa sendiri. Walaupun selalu anak lebih rapat dengan ibu, mereka juga mahukan layanan istimewa dari ayah. Ini baru seimbang.

8. Biarkan anak melawan
Bukan dalam erti kata melawan dengan kurang ajar. Namun biarkan anak memertahankan pendapat mereka sendiri. Ada kalanya, anak-anak rasa dia betul, namun sebaliknya, mereka belum cukup matang. Sebagai ibu-bapa, biarkan anak meluahkan rasa hati dan hujah mereka. Dengar dan fahamkan. Bukan bermakna kita setuju, tetapi sekadar memberi peluang mereka berkata-kata.

9. Usah berharap kepada anak yang sempurna
Semua ibu-bapa mahu anak yang perfect atau sempurna serba-serbi. Namun, tidak semestinya kita dianugerahkan anak yang sebegitu. Jika mereka tidak berapa bagus pencapaian disekolah, dekatilah anak dengan kasih sayang. Jangan marah-marah bagaikan tiada hari esok. Mungkin itu sahaja tahap yang mereka boleh pergi. Dengan kata yang lain, ibu-bapa kena cuba menerima hakikat yang anak mereka tidak seperti yang diharapkan. Terimalah mereka seadanya.

10. Fahami kehendak anak
Semua orang rasa mereka lebih tahu cara mendidik anak. Namun, tidak semua anak berperangai sama. Mungkin ada yang sesuai dengan anak sulung, tetapi tidak pada anak kedua. Oleh kerana itu, penuhi kehendak anak yang berlainan. Bukan bermakna manjakan mereka dengan apa yang mereka pinta, tetapi lebih kepada penghargaan. Penyelidik bernama Liliana Lengua dari University of Washington mengatakan ibu-bapa perlu menyokong kehendak anak berdasarkan permintaaan mereka

Kalau anak mahukan basikal, tentu dia akan berkata “Seronoknya tengok Amir (nama samaran) tu main basikal kan ayah. Macam best je”. Ia tidak secara terus, tetapi lebih kepada satu signal. Ibu-bapa kena cepat tangkap maksud tersirat sebegini.

--------------------

gapo bena #GeniusBooster ni ???
1. supplement minda untuk anok masuk prekso jawab exam
2. anok mudah ingat gapo huk duk hafal
3. anok x ngantuk nk study
4. ibu-ibu pakat wi feedback positif belako
5. ado huk tak rajin dapat result comey, loni cikgu duk puji smacey
6. raso manis-manis buoh, kemam jah
7. sene bowok gi mano-mano
8. sapa ko customer di Singapore ngn Brunei dh, siap jadi Stokis
9. produk minda ore melayu islam kito

.
Nak tengok testimoni? Ha acu klik sini :
http://bit.ly/2fAqzIe
http://bit.ly/2fAqzIe
http://bit.ly/2fAqzIe
.
Cuba sekarang jika anda sayangkan anak anda!
.
WhatsApp ke :

+60 10-929 9771 (MyFrenz Pharmacy Kok Lanas)
+60 14-541 9327 (Ajwa Shoppe Kok Lanas)
+6017-9784787 (Kota Bharu)

Wednesday, December 7, 2016

Pengedar Sah Genius Booster

KELANTAN

 ðŸ“² De Alami Shoppe, Kota Bharu, Kelantan
017- 978 4787

📲  Cloppy, Bangunan MARA Kelantan, Kota Bharu
012-900 2445

📲  Wan Ammar, Kota Bharu (Banggol)
014517 9466

📲 Puan Idayati, USM Kubang Kerian
012-984 0812

📲 Ain, Telipot
017-916 8985

📲  Thalhah Amir, Padang Tembak
013-792 4983

📲  Full One Chocolate, Nilampuri
09-712 4436 / 013-933 8968

📲  MAF Toys, Pasir Pekan
09-719 3070 / 017-900 3070

📲  Hafiz, Tumpat 
014 5272208

📲 Ika, Tumpat
019-997 0164

📲  Zulhilme, Bachok
011-1798 1722

📲  Hijrah Nazu Enterprise, Ketereh
014-525 2500

📲  Azie, Kuala Krai
012 - 9878768

📲  MyFrenz Pharmacy, Kok Lanas
010-9299771

📲 Ajwa Shoppe Kok Lanas II
014-541 9327

📲 Hanisah, Pengkalan Chepa
011-1784 7068

📲 Mumtazah, Pengkalan Chepa
013-212 9364

📲 Siti Khadijah, Pengkalan Chepa
019-343 8010

 ðŸ“² Puan Dila, Pengkalan Chepa, 
013 - 995 9291

📲 Puan Zamilah, Pengkalan Chepa, 
012 - 7375843

📲 Ab Wahab, Pengkalan Chepa
012 - 958 9164

📲 Rosnani Mat, Pasir Mas
017-957 1980
013-265 1980

📲 Aisyah, Ketereh
013 256 1970


📲 Raby, Melor
013 256 1975


--------

SABAH

📲 Puan Anna Tawau, Sabah
012-806 6263

📲 Tuan Jusly Hipin, Kota Kinabalu, Sabah
014-200 6774

--------

KEDAH

 ðŸ“² Pn. Aisyah, Pokok Sena, Kedah.
013- 834 2425

 ðŸ“² Pn. Fiza, Sg. Petani, Kedah
010- 788 2175

 ðŸ“² Pn. Ainul - Sg Bakap, Penang & Kulim, Kedah
017 - 443 7784

📲 Syafiqah Husin, Alor Star, Kedah
011- 1226 7235

---------

SELANGOR

📲 Nor Azman, Kajang
012-385 1693

 ðŸ“² Pn. Yati, Puchong, Sel
017-665 9338

📲 Rosmina Jaafar, Bangi
016- 322 8432

 ðŸ“² Shahizzudin, Rawang, Selangor
017- 301 6979

 ðŸ“² Puan Sue, Ampang, Sel
011 - 2346 1954

 ðŸ“² Puan Watie, Shah Alam
014 - 239 8057

 ðŸ“² Tuan Yazid Yaakup, Serdang, Sel
013 - 399 9735

 ðŸ“² Rosmina Jaafar, Bangi/Kajang
016 322 8432

📲 Shahizzudin Radzif, Rawang
0173016979

📲 Faziela Radzuan, Shah Alam/Putra Height
0122748291

📲 Shah Alam (UiTM Seksyen 2)
010 416 7572

📲 Shah Alam (Seksyen 7)
013 256 1970

📲 Asma Amirah , Cheras
0133199454 

📲 Norhaini, Seri Kembangan
0122642309

---------

PAHANG

 ðŸ“² Pn Ina, Kuantan - 
017 998 3010

📲 Sete Eisahh, Muadzam/Rompin
0138283638


📲 Siti Shairah, UNITEN Muadzam
0139715529


---------

KUALA LUMPUR

📲 Suriana, Taman Melawati,
012- 256 6082

📲 Puan Azilla, Setapak
016-294 0091

📲 Fatimah Zaini, Damansara
014-223 2712

----------

JOHOR

 ðŸ“² Puan Hajar, Pontian, Johor - 017 758 6022

 ðŸ“² Puan Zai - Johor Bahru, Johor
010 - 790 9432

 ðŸ“² Puan Mai Izyani, Johor Bahru, JB
013 - 7168 116

 ðŸ“² Seha Awal, Johor
017- 758 3305

📲 Puan Mas, Pontian 
0177964143

 ðŸ“² Pn. Aisha, Batu Pahat, Johor
018-327 1411

📲 Puan Yana, Bukit Gambir, Tangkak
018-326 8306

----------

PERAK

 ðŸ“² Puan Hasmalina, Ipoh
014 - 400 4165

📲 Ruzita Ghazali, Tanjung Malim
019-570 6270
018-792 4064

📲 Amin Noraminizam Bakar, Lumut
018-945 7055

📲 Remy, Kuala Sepetang
0196934680

----------

TERENGGANU

📲 Siti Shairah, Besut
013-971 5529

📲 Idea Alrazzi, Besut
013-602 2153


---------

PUTRAJAYA

📲 Ahmad Omar, 018-2000964


---------

PULAU PINANG

 ðŸ“² Pn. Ainul - Sg Bakap, Penang & Kulim, Kedah
017 - 443 7784

 ðŸ“² Cik Noor Nasirah , Bukit Mertajam
017 - 611 9489

 ðŸ“² Puan Maulina, Kepala Batas Penang
018 - 408 8861

📲 Syakila, Nibong Tebal
010 949 7867

-----------

PERLIS

 ðŸ“² Pn. Atiqah, Perlis
017 - 522 7574

---------

SINGAPURA

📲 Mdm Niz, Pipit Rd, MacPherson
96209296


📲 Azrah Yahya, Circuit Road MacPherson
+6584329364

---------

INDONESIA

📲  Lely Butar Butar, Jambi
085382228211

-----------



Monday, December 5, 2016

Tips Aktiviti Untuk Jadi Genius

Tips Aktiviti Untuk Jadi Genius

Pernah kita berada dalam satu keadaan di mana kita berasa kagum dengan rakan terdekat dalam melakukan sesuatu? Kita merasakan bahawa mereka adalah genius dan berbeza daripada orang lain. Kita menganggap mereka adalah golongan yang istimewa. Tahukah anda, bahawa anda juga bolem berbuat demikian, yakni menjadi genius? Jom kita belek sebelah. Ehemm. 






1. Berfikir Di Luar Kotak
Jika sebelum ini anda banyak menggunakan sesuatu peralatan dalam lingkungan biasa, cuba kali ini bertindak lebih daripada kebiasaan. Contohnya cuba fikirkan apa yang dapat dilakukan dengan menggunakan botol kosong minuman yang ada selain daripada membuangnya. Cuba reka dan bermain dengan imaginasi anda itu.



 2. Melukis
Anda juga boleh melukis untuk mengembangkan kemampuan otak anda. Melukis membuatkan anda menggunakan otak kanan lebih banyak. Tidak perlu takut untuk melukis. Mulakan sahaja.

3. Membaca Buku Luar Bidang Anda
Apa kata kali ini anda membaca buku luar daripada skop anda. Jika sebelum ini anda banyak menghabiskan masa dengan membaca buku tentang sejarah Malaysia, apa kata kali ini anda paksa diri anda untuk membaca tentang buku kewangan yang langsung anda tidak terfikir akannya.


4. Melipat Origami
Cuba ambil kertas dan mula melipat origami anda. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis bentuk lipatan origami dengan menggunakan internet.



5. Belajar Bahasa
Salah satu untuk memaksa otak anda untuk mbekerja lebih kuat dan hebat adalah dengan beljar bhasa lain selain bahasa anda. Anda tidak perlu untuk mahir keseluruhan bahasa tersebut. Cukup sahaja dengan belajar beberapa frasa yang menarik untuk anda.



6. Pespektif
Lihat di luar tingkap anda. Kemudiannya ceritakan semula apa yang anda lihat dalam bentuk yang pelbagai. Contohnya, katakan anda ternamapak sebuah kereta polis yang sedang melalui hadapan rumah anda. Mungkin anda boleh mengambarkankkannya sebagai besar, cantik, merah berkelip-kelip dan lain-lain.


7. Mencari Hobi Baru
Jika sebelum ini anda hanya menjurus kepada ssesuatu hobi. Apa kayta kali ini anda mencuba hobi yang baru. Cuba lakukan aktiviti hobi baru anda untuk beberapa ketika.



 8. Mengembara
Mengembara merupakan salah satu tips yang baik untuk menambah perspektif anda tentang kehidupan. Ianya mungkin memerlukan sedikit kos. Tetapi jika anda berduit, tidak salah bukan?



9. Berlakon
Aktiviti ini juga menarik untuk dilakukan. Mungkin anda boleh melakonkan watak-watak racangan televisyen atau drama kesukaan anda. Tidak perlu terlalu lama, cukup sekadar 10 minit sudah mencukupi. Senaman atau tips ini membiolehkan anda untuk melatihkan diri dengan meletakkan diri anda di tempat orang lain.


Di samping itu, jangan lupa pemakananan untuk minda juga amat penting. Jadi boleh cuba mana-mana makan minda atau supplement untuk berfikir dengan tenang, kuat ingatan dan boleh juga meningkatkan ketangkasan IQ anda dan anak anda.

Semoga tips aktiviti menjadi genius ini berkesan kepada anda!

Tips ini juga mudah untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Jangan lupa untuk #SHARE atau #LIKE jika bermanfaat. 😀

#GeniusBooster

Saturday, October 29, 2016

8 Tips Penggunaan Internet Yang Selamat Untuk Kanak-kanak





Barangkali semua manusia normal akan berasa teruja dengan internet. Maklumat dan segala kemudahan berada di hujung jari. Jarak yang jauh terasa dekat menerusi media sosial. Jadi, siapa yang tidak sukakan internet?
Tidak terkecuali juga kanak-kanak. Permainan atas talian yang menarik, video kartun kegemaran di YouTube serta silibus di sekolah turut mengajarkan subjek internet. Internet memang menjadi sebahagian besar dunia masa depan mereka.

Sebagai ibu bapa, kita sedia maklum juga tentang elemen-elemen buruk yang dibawa oleh internet terhadap kanak-kanak. Sesetengah ibu bapa merasakan keadaan masih selamat, tidak merbahaya dan meletakkan 200% kepercayaan kepada anak.

Tetapi dengan lambakan berita yang kita baca setiap hari, adakah kita masih lagi mahu menutup mata dan menafikan kesan buruk dunia internet ini kepada anak-anak kita yang masih kecil?
Apakah langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan risiko serta memastikan anak-anak kecil kita dapat meneroka internet dengan selamat?

Jadi, ikuti tip-tip berikut untuk panduan keselamatan internet bagi kanak-kanak yang boleh kita terapkan bermula dari rumah kita sendiri.

1. Ketahui pergerakan mereka
Sama seperti kita mengetahui di mana anak kita berada pada setiap masa, begitu juga sewaktu mereka melayari internet. Jadi teman sewaktu mereka melayari internet serta kenalpasti siapa kenalan mereka di media sosial. Bukan untuk mengongkong, tetapi lebih baik berjaga-jaga sebelum semua sudah terlewat nanti.

2. Pilih lokasi selamat            
Ruang menonton keluarga atau laluan utama di rumah adalah paling sesuai kerana lokasi yang terbuka dan penggunaan internet dapat di kawal. Tetapkan juga bahawa mereka hanya boleh menggunakan gajet dengan capaian internet di sini sahaja dengan kehadiran orang dewasa.

3. Tetapkan peraturan
Sesuai dengan usia anak-anak, tetapkan jadual penggunaan internet di rumah. Sekiranya tugasan harian mereka telah disempurnakan jadikan penggunaan internet ini sebagai ganjaran. Perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu sebelum melayari internet dan tetapkan masa dan laman web yang boleh dilayari.

4. Mendidik tentang privasi
Meskipun mereka masih kecil, kita mesti sentiasa mengingatkan bahawa si dia:
       I.        Tidak dibenarkan memberi nama penuh, nombor telefon, alamat emel, alamat rumah, kata laluan internet, nama sekolah dan gambar kepada orang yang tidak dikenali;
      II.        Tidak membuka emel dari orang asing;
    III.        Tidak menjawab apa-apa mesej yang mengganggu ketenteraman;
    IV.        Tidak akan berjumpa dengan sesiapa sahaja yang dikenali atas talian;
     V.        Tidak memuat-turun gambar dan status yang tidak sesuai di media sosial;
    VI.        Tidak meninggalkan komen atau kata-kata yang membuatkan orang lain tidak selesa.
Adakalanya, cara kita menggunakan media sosial menjadi contoh terdekat untuk diikuti oleh anak-anak kita. Beri contoh yang baik sewaktu mengemaskini status, gambar serta meninggalkan komen di sana.

5. Memilih aktiviti di internet
Ketahui minat si kecil kita melalui laman web yang sering dilawatinya. Ada kanak-kanak yang gemarkan eksplorasi sains, projek kraf, memasak atau teknologi internet itu sendiri.
Senaraikan laman web khas berkaitan yang menarik untuk mereka terokai. Teruskan juga dengan aktiviti fizikal agar masa mereka sentiasa dipenuhi dengan perkara berfaedah. Tidak mustahil si kecil kita akan menjadi pakar dalam bidang yang disukai si dia satu hari nanti!

6. Berterus-terang tentang bahaya internet
Cerita dan tunjukkan keratan akhbar kepada si kecil tentang bahaya internet seperti pembuli siber, pornografi kanak-kanak, pedofilia, penculikan dan sebagainya. Kanak-kanak sangat gemar mencuba tanpa menyedari akibat sesuatu perkara.
Beritahu mereka sekiranya ada situasi yang membuat mereka tidak selesa di internet, mereka perlu memberitahu kita dengan serta-merta.

7. Lakukan sendiri
Kita boleh melakukan sendiri perkara berikut untuk keselamatan pengunaan internet di rumah:
      I.           Hentikan fungsi kamera web (webcam) dan kamera sedia ada (built in camera) dengan menukar tetapan pada komputer.
    II.            Di laman web popular seperti Google dan YouTube, tukar tetapan keselamatan (safety settings) untuk menapis paparan yang tidak sesuai.
 Terdapat banyak video panduan di Youtube yang boleh kita tonton untuk panduan  keselamatan internet kanak-kanak. Ambil tahu dan lakukan langkah pencegahan demi  anak-anak kita.

8. Menggunakan perisian keselamatan
Bagi ibu bapa dengan anak-anak yang sering menggunakan internet untuk pembelajaran dan juga santai, penggunaan perisian keselamatan berbayar untuk menapis kandungan internet adalah lebih baik.

Terdapat pelbagai variasi mengikut keperluan dan keutamaan setiap keluarga. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar dengan berkunjung ke kedai perisian komputer berdekatan.
Internet akan menjadi selamat jika kita sebagai ibu bapa atau penjaga mencorakkan budaya penggunaan internet yang selamat sejak anak-anak masih kecil lagi.
Ajar anak kita untuk memberi respon ‘Tidak’ kepada perkara yang membuatkan si dia merasa ragu-ragu dan tidak selesa sewaktu melayari internet.

Jadi teman baik dan terokai dunia internet hari ini dengan duduk bersama-sama mereka beserta panduan, nasihat dan didikan yang berterusan.
Suatu hari nanti mereka akan melayari internet tanpa kita di sisi dan semoga mereka dapat membuat pilihan yang tepat.
Selamat berjuang memberikan dunia yang lebih baik untuk anak-anak kita!

8 Tips Dato’ Fadzilah Kamsah Mendidik Anak Jadi Genius


“ada ibu bapa yg tidak perihatin atau tidak mahu ajar anak merangsang anak untuk memenuhi keinginan ini. Jadi kepintaran yg ada tidak digunakan sepenuhnya untuk menerokai apa yg ingin diketahui dan dipelajari menyebabkan kepintaranya tebantut begitu sahaja.sebab itulah ada kes,semasa kecil seseorang kanak-kanak itu dikatakan genius tetapi bila meningkat remaja dan dewasa,kegeniusan ini hilagn begitu saja kerana tidak ada rangsangan beterusan dari ibu bapa” ujar Dato’ Fadzilah Kamsah.

Untuk itu beliau telah memberikan tips bagaimana cara yg bekesan dalam mendidik anak menjadi genius.

1. Doa ibu bapa
sebagai ibu bapa doa sangat penting kerana hanya Allah tempat kita memohon agar anak2 yg dilahirkan sentiasa dalam pelindunganya, diberikan kecerdasan akal,akhlak mulia,mendengar kata dan bebudi pekerti.Bila pakej ini ada dlm disi seseorang dr kecil, tdk mustahil anak itu blh menjadi genius sebagaimana yg diharap oleh ibu bapa dlm doanya,pun begitu,pastikn doa yg dilakukan dgn niat ikhlas ,tulus penuh rendah dir kpd Yang Maha Esa.

2. Didik secara besungguh-sungguh .
Anak genius adalah seorang anak yg suka mencr ilmu, sentiasa betanya ,befikir dan sentiasa mempunyai naluri ingin tahu dlm dirinya,jika ibu bapa mengenal pasti potensi ini dari awal,maka itu petanda anak itu boleh dirangsang menjadi genius.Maka ibu bapa haruslah bersungguh2 untuk mendidik ,menggalak dan merangsang keperluan ini dan membimbing potensi yg ada supaya tidak di salahgunakan kpd yg tidak baik, sebab itulah ibu bapa harus tegas dlm memantau pembelajaran anak. namun pantauan mestilah penuh behemah dan kasih sayang.

3. Terima anak seadanya.
Bukan semua impian dan harapan untuk mendapat anak genius itu menjadi kenyataan .oleh itu jangan meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap anak,malah setiap anak itu tidak sama kepintaran dan kelebihan yg dimiliki. terimalah anak seadanya.Hanya kebijaksanaan ibu bapa menggilap potensi,jika ada usaha kalau anak tidak genius pun dia boleh menjadi seorang yg pandai.tetapi tidak lah genius krn anak yg genius adalah anak yg sentiasa rajin mencari ilmu dan sentiasa befikir.

4. Sediakan suasana yg boleh merangsang.
Ibu bapa perlu bentuk suasana rumah tangga yg boleh merangsang otak anak.contohnya,melalui warna dinding ,barang permainan dan perhiasan rumah.semua ini,ada maksud tertentu. bapa misalnya boleh bercakap dgn anak, kenapa dia meletakan meja di sudut tertentu. Jelaskan sebabnya kerana ia mengarah kiblat,Atau papa cat bilik warna hijau adalah untuk memberikanya suasana lebih santai dan tenang dan kreatif befikir.

5. Amalkan pemakanan seimbang & gaya hidup sihat.
Otak cergas datang dari badan dan makanan sihat,Anak genius tidak makan makanan ringan.Galakan atau lakukan besama anak rutin melakukan senaman,riadah dan besukan .

6. Sentiasa mengekalkan hubungan rapat dgn anak.
Sebagai ibu bapa,hubungan dgn anak mestilah rapat mesra dan harmoni dalam kehidupan berkeluarga dan saling memerlukan,betimbang rasa,betolak ansur dan memahami satu sama lain walaupun dgn anak.

7. Menjalin hubungan rapat dengan guru
sentiasalah mengadakan hubungan rapat dgn guru,jadi guru akan menyayangi dan mengambil berat pada anak kita. Sentiasa tolong menolong dan berbincang dgn guru tentang pelajar dan perilaku anak di sekolah.

8. Perlu satu institusi khas dan kumpulan sokongan.
Untuk melahirkan lebih ramai anak yang genius, satu institusi perlu dibentuk untuk merangsang anak menjadi hebat dan perlu ada kumpulan sokongan untuk anak pintar.