Monday, December 5, 2016

Tips Aktiviti Untuk Jadi Genius

Tips Aktiviti Untuk Jadi Genius

Pernah kita berada dalam satu keadaan di mana kita berasa kagum dengan rakan terdekat dalam melakukan sesuatu? Kita merasakan bahawa mereka adalah genius dan berbeza daripada orang lain. Kita menganggap mereka adalah golongan yang istimewa. Tahukah anda, bahawa anda juga bolem berbuat demikian, yakni menjadi genius? Jom kita belek sebelah. Ehemm. 






1. Berfikir Di Luar Kotak
Jika sebelum ini anda banyak menggunakan sesuatu peralatan dalam lingkungan biasa, cuba kali ini bertindak lebih daripada kebiasaan. Contohnya cuba fikirkan apa yang dapat dilakukan dengan menggunakan botol kosong minuman yang ada selain daripada membuangnya. Cuba reka dan bermain dengan imaginasi anda itu.



 2. Melukis
Anda juga boleh melukis untuk mengembangkan kemampuan otak anda. Melukis membuatkan anda menggunakan otak kanan lebih banyak. Tidak perlu takut untuk melukis. Mulakan sahaja.

3. Membaca Buku Luar Bidang Anda
Apa kata kali ini anda membaca buku luar daripada skop anda. Jika sebelum ini anda banyak menghabiskan masa dengan membaca buku tentang sejarah Malaysia, apa kata kali ini anda paksa diri anda untuk membaca tentang buku kewangan yang langsung anda tidak terfikir akannya.


4. Melipat Origami
Cuba ambil kertas dan mula melipat origami anda. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis bentuk lipatan origami dengan menggunakan internet.



5. Belajar Bahasa
Salah satu untuk memaksa otak anda untuk mbekerja lebih kuat dan hebat adalah dengan beljar bhasa lain selain bahasa anda. Anda tidak perlu untuk mahir keseluruhan bahasa tersebut. Cukup sahaja dengan belajar beberapa frasa yang menarik untuk anda.



6. Pespektif
Lihat di luar tingkap anda. Kemudiannya ceritakan semula apa yang anda lihat dalam bentuk yang pelbagai. Contohnya, katakan anda ternamapak sebuah kereta polis yang sedang melalui hadapan rumah anda. Mungkin anda boleh mengambarkankkannya sebagai besar, cantik, merah berkelip-kelip dan lain-lain.


7. Mencari Hobi Baru
Jika sebelum ini anda hanya menjurus kepada ssesuatu hobi. Apa kayta kali ini anda mencuba hobi yang baru. Cuba lakukan aktiviti hobi baru anda untuk beberapa ketika.



 8. Mengembara
Mengembara merupakan salah satu tips yang baik untuk menambah perspektif anda tentang kehidupan. Ianya mungkin memerlukan sedikit kos. Tetapi jika anda berduit, tidak salah bukan?



9. Berlakon
Aktiviti ini juga menarik untuk dilakukan. Mungkin anda boleh melakonkan watak-watak racangan televisyen atau drama kesukaan anda. Tidak perlu terlalu lama, cukup sekadar 10 minit sudah mencukupi. Senaman atau tips ini membiolehkan anda untuk melatihkan diri dengan meletakkan diri anda di tempat orang lain.


Di samping itu, jangan lupa pemakananan untuk minda juga amat penting. Jadi boleh cuba mana-mana makan minda atau supplement untuk berfikir dengan tenang, kuat ingatan dan boleh juga meningkatkan ketangkasan IQ anda dan anak anda.

Semoga tips aktiviti menjadi genius ini berkesan kepada anda!

Tips ini juga mudah untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian. Jangan lupa untuk #SHARE atau #LIKE jika bermanfaat. πŸ˜€

#GeniusBooster

1 comment:

  1. Best Places To Bet On Boxing - Mapyro
    Where To Bet On Boxing. It's 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ a sports betting ν† ν†  event in which you bet on the outcome of a game. In the febcasino.com boxing world, each player must decide if or not jancasino to worrione

    ReplyDelete