Berikut beberapa panduan yang anak-anak boleh ikuti ya.
Jum baca
.
BANGUN AWAL DAN SOLAT HAJAT
Kenapa perlu adik-adik bangun awal? Pertama, supaya otak kita cergas dan cerdas.
Kedua, supaya kita dapat bermunajat kepada maha pencipta.
Kalau boleh, bangun sepertiga malam. Solat hajat, kemudian berdoa bersungguh-sungguh.
Kemudian, jangan sambung tidur, dikhuatiri akan terus terlelap dan bangun lewat. Lebih elok jika adik-adik sambung studi sampai pukul 7 pagi dan terus ke sekolah.
Waktu yang sesuai untuk bangun? Pukul 3-5 pagi.
.
AMBIL SARAPAN UNTUK TENAGA BADAN DAN MINDA
Ini sangat penting ya adik-adik. Sarapan adalah menu yang pertama yang masuk ke dalam perut adik-adik sebelum memulakan aktiviti harian.
Menu yang patut untuk sarapan?
+ Telur separuh masak
+ Satu sudu setengah madu
+ Roti + Kaya / Marjerin
+ Susu
Mesti ada salah satu menu di atas dalam satu hidangan ya adik-adik.
Jum Bersarapan !
.
TENANG KETIKA MASUK DALAM DEWAN PEPERIKSAAN
Adik-adik, cikgu nak pesan, jangan gelabah ya. Tenang sahaja. Setenang air yang mengalir. Ikut sahaja arus.
Banyakkan berselawat. Banyakkan senyum. Senyum sahaja kepada kawan-kawan dan pengawas peperiksaan yang adik jumpa.
Jangan lupa baca Bismillah sebelum menjawab kertas soalan.
Bismillahirrahmanirrahim
.
JIKA ADA SOALAN SUSAH, ABAIKAN DAN JAWAB SOALAN YANG MUDAH DAHULU.
Bila terjumpa soalan yang susah, tinggalkan sementara. Tengok soalan lain dahulu. Ingat, masa itu emas. Jangan tertumpu pada satu soalan bila tak boleh nak jawab.
Terus sahaja 'jump' atau buat soalan seterusnya.
.
INGAT KEMBALI POINT-POINT ATAU FORMULA YANG PENTING
Satu lagi cikgu nak pesan, buka sahaja kertas soalan, benda pertama yang harus adik-adik buat adalah, tulis formula dan point-point yang penting mengikut urutan.
Tulis sahaja, kemudian, baru mula menjawab. Dikhuatiri adik-adik terlupa formula semasa menatap kertas peperiksaan terlalu lama.
.
SEMAK KEMBALI KERTAS SOALAN & JAWAPAN SEBELUM MASA PEPERIKSAAN TAMAT
Selepas habis menjawab semua soalan, opppsss, jangan tutup dahulu.
Check / periksa kembali jawapan. Pergi kepada muka surat pertama. Takut ada yang tertinggal atau jawapan salah.
Kalau boleh, 15 minit sebelum masa tamat, waktu ni diperuntukkan untuk periksa ejaan, formula,jawapan dan sebagainya.
Ingat, 15 minit ini adalah masa yang sangat penting ! Fokus !
.
SELEPAS KELUAR DARI DEWAN PEPERIKSAAN, ELAKKAN BERBINCANG TENTANG SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN RAKAN
Haaaa, yang ni mesti adik-adik selalu buat kan?
Elakkan ya. Kalau peperiksaan kertas pertama pun banyak silap selepas berbincang dengan rakan-rakan anda, mesti adik-adik akan down bila nak jawab kertas peperiksaan seterusnya.
Elakkan ya. Elakkan.
.
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN 😊
GOOD LUCK DIKKKK !
No comments:
Post a Comment