Ibu bapa yang sabar semasa membesarkan anak pasti dikenang sampai bila-bila.
“Sabar itu separuh daripada iman”.
Bukan mudah menjadi ibu bapa yang sabar di zaman serba moden dan maju ini.
Tugas dan beban yang perlu ditanggung dalam kehidupan sehari-hari pastinya banyak mencabar daya kesabaran kita.
Mempunyai kesabaran yang tinggi adalah idaman setiap ibu bapa, namun tak semua ibu bapa dapat bertahan dengan kesabaran yang mutlak.
Kesabaran bukan boleh diadakan atau dibeli dimana-mana, tetapi satu sifat yang perlu diasah dan dipupuk ke dalam jiwa.
Sifat sabar adalah sifat mahmudah yang terpuji.
Nabi Muhamad adalah nabi dan rasul yang amat penyabar. Contohnya kita boleh lihat kesabaran nabi semasa peristiwa Thaif.
Sifat sabar dalam diri ibu bapa adalah kunci segala kejayaan dalam mendidik anak-anak.
Ibu bapa wajib mendidik diri menjadi seorang yang sabar dan sentiasa bersabar dengan apa jua keadaan. Kerana kesabaran yang tinggi sahaja membolehkan ibu bapa menangani setiap masalah yang berlaku dalam kehidupan anak-anak.
Ibu bapa yang tidak dapat mengawal kemarahan, sensitif dan tidak tabah akan mengalami kegagalan dalam mendidik anak.
Disini ada beberapa cadangan untuk ibu bapa supaya dapat menjadi seorang yang sabar:
1. Hadapi karenah anak yang degil, suka bergaduh, menyelerakkan peralatan, kotor dan lain-lain dengan tenang. Anggaplah usia anak yang masih kecil berkelakuan sedemikian ini hanya bersifat sementara. Cuba layani setiap karenah anak tanpa makian, rotan dan kemarahan. Berlembut dengan anak-anak dengan memuji mereka jika mereka meninggalkan kesalahan.
2. Semua ibu bapa menghadapi masalah yang sama, kita kita perlu tabah menghadapinya. Jika kita mempunyai anak yang degil, begitu juga dengan orang lain. Jadi bukan anda seorang diuji sebegitu.
3. Anak-anak perlu dididik sedikit demi sedikit dan berperingkat. Anak-anak menerima arahan dan perintah dengan gembira apabila arahan itu diberikan dengan penuh kegembiraan dan mesra.
4. Anggap segala karenah anak-anak adalah ujian Tuhan untuk hambanya. Allah pasti membalas segala kesabaran kita semasa proses membesarkan anak-anak. Setiap ujian tuhan pasti dibalas dengan baik apabila ibu bapa mampu bersabar.
5. Elakkan tekanan dan cuba belajar mengurangkan konflik suami isteri, tempat kerja dan lain-lain yang menjadikan anda kurang sabar. Tekanan mesti dikurangkan dan dielakkan supaya ketegangan dan konflik berterusan dapat dijauhi.
6. Banyakkan membaca nama tuhan: Ya Shabur sebanyak mungkin setiap hari supaya anda menjadi seorang penyabar.
7. Elakkan membiarkan masalah kecil menjadi besar. Setiap masalah yang kecil perlu diselesaikan sebelum ia merebak menjadi masalah besar. Apabila menghadapi masalah besar, kesabaran agak sukar dicapai dan kemarahan mudah menimpa anda.
8. Banyakkan membaca surah Yasin untuk melembutkan hati. Sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa. Apabila hati lembut, kesabaran diperoleh.
9. Elakkan mudah tertekan seperti kesesakan lalu lintas, suasana bising dan kurang tidur. Pastikan perkara itu dielakkan supaya mengelakkan anda tertekan dan mudah marah.
10. Banyakkan istigfar dan taawwuz untuk menjauhkan syaitan.
11. Kekalkan diri dalam keadaan wuduk.
12. Tanamkan kegembiraan dalam hati kerana mendapat anak. Bayangkan hidup tanpa anak, kosong dan sunyi.
13. Jadikan anak-anak sebagai hiburan dan kawan sepermainan. Anak yang rapat dan mesra dengan ibu bapa akan kurang membuat karenah dan tidak menyusahkan ibu bapa.
14. Biarkan anak-anak sebagai meluahkan perasaan mereka walaupun usia mereka masih kecil. Walaupun masih kecil, mereka juga berhak menyuarakan luahan dan perasaan. Ini akan merapatkan hubungan ibu bapa dan anak-anak.
15. Didiklah diri bahawa anak-anak bencikan ibu bapa yang pemarah tetapi menyayangi ibu bapa yang bersabar. Apabila anda berfikir sedemikian, anda berusaha bersabar demi anak-anak.
16. Kesabaran disukai Tuhan dan kunci ke syurga. Bersabarlah semoga mendapat balasan syurga di akhirat nanti.
Demikian beberapa cara dan cadangan kepada ibu bapa untuk menjadi penyabar dan mendapat kesabaran.
Memang bukan mudah mencapai kesabaran apabila tiada kemahuan dan tidak mahu berubah. Kalau anda seorang yang panas baran, mendidik diri menjadi sabar adalah hijrah ke arah kebaikan.
Setiap kejayaan itu adalah kerana diiringi dengan kesabaran. Tanpa kesabaran, matlamat dan kejayaan sukar dicapai. Hanya ibu bapa yang penyabar akan menjadikan anak mereka cemerlang dan gemilang.
Semoga perkongsian ni memberi 1001 manfaat kepada pembaca.
Saturday, October 29, 2016
Tips Mendidik Anak Lelaki
1. Semua bayi di dalam kandungan sehingga usia 6 minggu adalah berbentuk
perempuan. Pada 6 minggu, roh ditiupkan. Seandainya roh tidak serasi
dengan jasad, maka Allah akan gugurkan kandungan itu. Jika roh itu
lelaki dan bayi membawa kromosom XY, maka testosterone level akan naik
dan jasad mula berubah menjadi lelaki.Antara perubahannya adalah otak
lelaki adalah 10% lebih besar daripada perempuan.
Ini bukan bererti
mereka lebih bijak, ruang lebih besar bererti aliran darah lebih
perlahan. Maka, memang sifat semulajadi lelaki itu slow motion, contoh
anak lelaki susah sedikit hendak bangun pagi. Anak lelaki sifatnya
apabila bangun pagi, hanya boleh berfikir satu perkara pada satu masa,
manakala anak perempuan auto-pilot terus berfikir untuk mandi, solat,
bersiap ke sekolah dan sebagainya. Amat pantang jika anak lelaki
dimarahi pada waktu pagi, kerana ia akan mengganggu proses pembelajaran
anak itu di sekolah nanti, kecuali ada tempat untuk anak melepaskan
kecamukan dalam fikirannya, seperti "punching bag".
2. Sifat2 anak lelaki yang perlu kita tahu, kerana cara mendidik mereka
adalah tidak sama dengan anak perempuan, antaranya sifat mereka "hak
aku, hak aku, hak orang pun hak aku" (possessive). Anak lelaki (dan
lelaki secara general) sukakan penyokong dan penonton, maka jika mereka
bergaduh, sokong dulu idea beliau (sambungkan emosi dengan emosi),
kemudian baru kita beritahu logik.
Contoh, anak lelaki yang berebut
basikal dengan anak tetamu yang datang bertandang ke rumah kita. Anak
kita defensive kerana sayang basikal beliau, maka kita sokong dahulu
perbuatannya, baru kita pujuk dengan cara memberitahu kawannya hanya
ingin meminjam, bukan ingin mengambil terus.
3. Disebabkan oleh tingginya paras hormon testostern dalam diri kanak2
lelaki, otak kanak-kanak lelaki pada usia 2 tahun, hanya otak kanan yang
matang, jadi secara semulajadi mereka belum pandai bercakap tetapi
visuospatial sangat baik, contohnya mereka suka melihat tayar kereta
mainan bergerak dan mengagak kelajuan kereta itu.
Kanak2 perempuan sudah
matan kedua2 bahagian otak pada usia 2 tahun, dan oleh kerana itu
mereka cepat bercakap dan fasih berkomunikasi. Dikatakan bahawa
kematangan seorang kanak2 lelaki berusia 6 tahun adalah sama dengan
kematangan kanak2 perempuan 4 tahun. Subhanallah...
4. Boys dilahirkan dengan sifat "born to kill" jadi mereka memang
suka mengawal, berlawan, nak jadi hero dan superhero. So as parents,
layankan ajer jika anak nak pakai baju SpiderMan. Membelai kejantanan
dalam diri anak itu... Girls pulak suka melawa (perasan lawa) dan suka
dipuji. Oleh sebab itu, mereka suka melaram dan main anak patung
cantik2. Mereka juga sangat suka kalau anak patung mereka turut
diiktiraf apatah lagi jika dipuji.
5. Semasa anak lelaki berusia 7-14 tahun, amat penting untuk anak2 lelaki ini menjadikan ayahnya sebagai idola.
6. Girls can adapat to any lighting situation, boys will shutdown their
mind when it's dark. Sebab itu lelaki digalakkan bersolat secara
berjemaah di masjid, manakala wanita paling afdhal solat di rumah dan
boleh bertahajjud di dalam gelap dan sebagainya.
Kredit : Dr Aisya Hafiz.
Peranan Bapa:
1. Balik awal dari tempat kerja, mandikan anak jika masih di bawah 5 tahun.
2. Bawa anak bersiar2 dan spend waktu bersamanya.
3. Ajak anak bergasak @ bergumpal. Ini akan create bonding dengan anak lelaki yang memang sukakan aktiviti fizikal.
4. Anak lelaki akan anggap bapanya 'role model', maka bapa kena jadi
yang terbaik. Apa yang bapa buat akan diikut oleh anak. Bapak borek anak
rintik giteww. Contoh... jika bapa merokok, kebarangkalian untuk anak
itu merokok apabila dewasa nanti sangat tinggi berbanding dengan bapa
bukan perokok.
Peranan Ibu:
1. Anak lelaki belajar ilmu MENGASIHI daripada ibu.
2. Ajak anak lelaki berbual tentang apa sahaja. Ceritakan padanya apa yang kita buat, aktiviti, serta hal2 yang boleh dia beri pandangan. Ini akan create bonding antara ibu dengan anak lelaki.
3. Berikan pujian atas usahanya walaupun kecil.
#cuba terapkan...anak lelaki RAPAT dengan ibu...sebab senang dalam meluahkan segalanya...kenapa??? doa ibu dan kasih sayang ibu teramat lah bernilai...setiap titik kasih sayang tu adalah syurga bagi mereka... In Shaa Allah... Percaya tak??? Anak lelaki yang lebih rapat dengan ibu adalah lebih manja dan kita mudah mengenali setiap gerak geri anak kita... # - jomlah kita mulakan dari sekarang sebelum terlewat.
Kredit : Dr. Harlina Siraj
Tips Mendidik Anak Kecil Tanpa Rasa Marah
Tips Mendidik Anak Kecil Tanpa Rasa
Marah
Memang tidak mudah mendidik anak-anak.
Tambahan pula, sikap anak kecil yang susah mendengar kata, menyebabkan ibu-bapa
hilang kesabaran, naik darah. geram dan sebagainya. Meninggikan suara dengan
muka yang bengis menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda cara mendidik
anak ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.
Tentunya anda tidak mahu anak anda
membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana anak anda
pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana
andalah yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah
terganggu dan menjadi seorang pemarah.
Sebenarnya memori anak anda semasa
kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang
mereka lihat dan dengar. Pada ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru.
Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu
menunjukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri
mereka.
Disini saya berkongsi tips mendidik
anak yang dapat membantu anda mengurangkan
marah kepada anak kecil anda. InsyaAllah cara mendidik anak ini berkesan.
1. Sebelum memarahi anak anda. Fikirkan
dulu. Adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh emak anda atau orang lain. Adakah
anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti.
Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula. Apa jua salah anda, saya
pasti anda tidak suka dimarahi sebegitu.
2. Lebih banyak memberi kesedaran pada
anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namun ia sangat membantu
mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara
lain membuat anak anda lebih memahami daripada asyik memarahi mereka.
3. Fahami, anda bukan melahirkan
seorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang
manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan
mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
4. Didik diri anda sendiri untuk
menunjukkan rasa sayang pada anak kecil melalui suara, muka dan tindakan. Anda
perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka. Tidak guna
jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada gunanya.
5. Elakkan mengeluarkan kata-kata
negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda
didepan orang lain. Adakah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga
dengan anak anda. Tiada siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun
mereka masih kecil
6. Anda perlu memandu anak anda
semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka perkara yang salah dan betul
di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat.
TV banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa
yang mereka lihat di kaca TV.
7. Banyakkan membaca Al-quran. Ayat
al Quran mampu melembutkan hati anak-anak anda. Manjadikan mereka lebih mudah
mendengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan
hati anak-anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.
Salah satu tanggungjawab yang sering
diabaikan oleh ibu-bapa ialah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini
sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai dan
menghormati anak anda. InsyaAllah mereka akan mula menghargai dan menghormati
anda. Kerana mereka belajar dari anda.
Mereka seperti anda juga, melalui
zaman bayi, melalui zaman kanak-kanak, melalui zaman remaja dan akan melalui
zaman dewasa. Sama seperti anda. Fikirkanlah. Semoga tips dalam mendidik anak
ini membantu anda.
Tips Mendidik Anak Kecil Dengan
Rotan
Islam membenarkan merotan dalam
mendidik anak. Kerana anak-anak perlukan sedikit kesakitan untuk mereka insaf
dan tidak mengulangi perkara yang tidak baik. Namun merotan adalah jalan
terakhir selepas menasihati berulang kali dan selepas memberi amaran.
Dan merotan hanya selepas anak
berumur lebih 10 tahun. Dan merotan pada bahagian betis atau bahagian bawah lutut
sahaja. TIDAK boleh merotan pada bahagian badan atau muka. Dan tidak boleh
terlalu kuat. Dan semasa mengangkat rotan tidak boleh nampak ketiak (maksudnya
tidak boleh angkat tinggi). Dan selepas merotan perlu mengingatkan anak anda
kenapa mereka dirotan.
Semoga artikel tips cara mendidik
anak kecil ini membantu anda hidup lebih bahagia bersama anak-anak anda. Anda
mampu mengubahnya.
Sunday, October 23, 2016
Panduan Merangsang Imaginasi Si Kecil
BERCERITA MERANGSANG IMAGINASI ANAK
Semua orang suka mendengar cerita.Bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan sehinggalah kepada orang dewasa.Tetapi anak kecil lah adalah insan yang paling suka untuk mendengar cerita.
Malangnya, aktiviti ini telah banyak dilupakan oleh ibu bapa pada waktu sekarang, atau tiada masa untuk meluangkan masa dengan anak oleh sebab keperluan hidup yang mendesak, sehingga mengorbankan masa dengan anak-anak.
Sebenarnya, semua ibubapa boleh meluangkan masa dengan anak-anak (kalau mereka mahu).
Mari kita teliti apakah kebaikan dan kelebihan yang dapat diberikan kepada anak dengan aktiviti bercerita.
KEBAIKAN BERCERITA KEPADA ANAK-ANAK
Children may lose thinking capacities and analyzing powers if they are exposed to television, several hours a day.
Anak kecil adalah insan yang lambat untuk memahami dan berfikir dengan perlahan, oleh itu mereka lebih sesuai didedahkan dengan hiburan yang khas untuk mereka. Yang mampu berinteraksi dengan mereka.
Oleh itu bercerita adalah jawapannya. Bercerita adalah aktiviti yang mampu memindahkan emosi dan perasaan, dan melonjakkan keupayaan berfikir anak-anak.
Banyak kajian membuktikan bahawa aktiviti bercerita mempunyai banyak manfaat kepada anak-anak.
Bukan sahaja sejak bayi, malah semasa anak masih dalam kandungan pun, iaitu apabila pendengarannya mula berfungsi kita sudah sedia boleh membacakan buku untuknya.
MERANGSANG SEL-SEL OTAK BAYI
Tahukah anda bahawa cerita-cerita yang didengar oleh anak sejak bayi akan mengaktifkan sel-sel saraf pada otak dan membuatkan otaknya lebih aktif. Ini secara langsung ada kaitan dengan perkembangan kecerdasan intelektualnya.
Cerita yang disampaikan mampu untuk merangsang pancaindera anak kecil, terutamanya pendengaran dan penglihatan sehingga anak terlatih menerima sebegitu banyak maklumat.
Maklumat yang diterima akan memaksimumkan tumbesaran anak. Jadi usah hairan sekiranya bayi yang selalu mendengar cerita akan lebih cepat meniarap, merangkak, membaca menulis dan sebagainya. Itu adalah kerana perkembangan otaknya lebih optimum.
Perkembangan otak yang optimum juga akan menjadikan anak lebih cepat menerima apa sahaja yang diajarkan kepadanya.
MELATIH ANAK UNTUK LEBIH PEKA
Anak yang sering mendengar ibu bapanya bercerita akan membesar menjadi yang lebih peka. Kepekaan ini akan melahirkan sikap-sikap positif yang lain seperti perasaan ingin tahu, yakin diri dan lain-lain.
Dengan kata lain, kecerdasan emosional, spiritual dan ketahanan mental akan berkembang.
Pada umumnya, cerita akan lebih berkesan berbanding dengan nasihat kerana cerita akan terakam dengan lebih kuat dalam ingatan.
Cerita juga akan menjadikan otak kita lebih relaks.
BERCERITA TIDAK SEMESTINYA MEMBACAKAN BUKU CERITA.
Bercerita juga boleh dilakukan semasa beraktiviti. Contohnya semasa anak makan, mandi ataupun semasa berdukung.
Gunakan intonasi suara yang berbeza supaya aktiviti bercerita menjadi lebih menarik, sekali gus merangsang pancaindera pendengaran anak kecil.
Suara bernada tinggi untuk orang A, suara rendah untuk orang B, suara nyaring untuk orang C, dan seterusnya.
Intonasi yang berubah-ubah ini membuatkan anak-anak berimaginasi dan menghasilkan rakaman dalam otaknya. Intonasi yang berbeza juga menimbulkan persepsi yang berbeza-beza.
Cuba bandingkan ‘semut kecil’ dengan ‘semul keciiiiil’. Tentu kita bayangkan ‘semut keciiiiil’ lebih kecil daripada ‘semut kecil’
GUNAKAN GERAKAN PANTOMIN SEMASA BERCERITA.
Contohnya ketika bercerita tentang kuda melompat, ibu bapa boleh melakonkan dengan aksi melompat, ibu bapa boleh melakonkan dengan aksi melompat dan ekspressi wajah yang sesuai.
Tunjukkan perasaan ikhlas semasa bercerita kerana aktiviti ini akan membina ikatan jiwa. Anak-anak dapat merasakan kasih sayang dan perhatian ibu bapa.
Anak-anak juga dapat merasakan sekiranya ibu bapa mereka bercerita kerana terpaksa.
APA SAHAJA BOLEH DIJADIKAN CERITA.
Bukan hanya cerita yang mengandungi pesanan tetapi kisah sehari-hari yang biasa juga boleh diceritakan kepada anak-anak. Contohnya cerita ketika ibu menggantikan lampin, menyuapkan makanan, ataupun kisah tentang berjalan-jalan ke taman bunga.
HADKAN WAKTU BERCERITA.
Waktu bercerita kepada anak-anak mesti dihadkan kerana tempoh perhatian dan konsentrasi mereka masih sangat terbatas.
Sebagai permulaan, bercerita selama dua hingga lima minit sahaja. Walaupun masanya agak singkat, kita dapat melihat kesannya sekiranya sering dilakukan.
KESABARAN.
Satu perkara yang perlu ada semasa bercerita kepada anak-anak adalah kesabaran. Mengapa?
Respon yang ditunjukkan oleh anak kecil selalunya tidak jelas ataupun tidak kelihatan. Ini berbeza dengan responsnya lebih ketara.
Sama ada mereka gembira, marah, suka dan sebagainya. Ibu bapa juga harus pandai mencari peluang yang baik untuk dirinya dan anak bagi melakukan aktiviti bercerita ini.
TIPS MEMILIH CERITA UNTUK DIDENGARKAN KEPADA ANAK
1. Ibu bapa perlu sedar bahawa anak-anak dapat menyerap maklumat dengan sangat cepat ketika masih kecil.
Sekiranya ada maklumat yang diterima itu mengelirukan, kesannya mungkin tidak kelihatan pada masa itu tetapi pada kemudian hari apabila anak itu menjadi besar.
2. Jauhkan anak-anak daripada cerita yang mempunyai kesan negatif seperti cerita yang memburukan orang lain ataupun cerita tentang keluhan ibu bapa.
3. Cerita haiwan, terutamanya cerita yang mengandungi banyak pelajaran dan nasihat. Penggunaan haiwan sebagai peranan dalam cerita akan menggalakkan anak untuk berimaginatif. Melalui imaginasi inilah munculnya idea-idea kreatif.
Semoga bermanfaat.
Wednesday, August 10, 2016
Testimoni Genius Booster DeAlami
Alhamdulillah semakin hari semakin banyak maklum balas positif yang diterima daripada ibu-ibu pengguna Genius Booster. Semuanya dengan izin Allah jua. Ada yang dulu anaknya malas mengaji sekarang dah makin rajin. Ada juga yang anaknya susah sangat nak bangun pagi pergi sekolah, sekarang dah boleh bangun sendiri. Ada pula yang selalu demam tapi selepas guna Genius Booster, si ibu cakap anaknya dah jarang demam, kesihatan bertambah baik, antibodi pun dah kuat.
Nak tengok lebih banyak lagi perubahan positif yang kami terima, hasil penggunaan Genius Booster ini ? Jom kita tengok dibawah ini :
Nak tengok lebih banyak lagi perubahan positif yang kami terima, hasil penggunaan Genius Booster ini ? Jom kita tengok dibawah ini :
Cuba sekarang jika anda sayangkan anak anda!
WhatsApp ke +6017-9784787
WhatsApp ke +6017-9784787
WhatsApp ke +6017-9784787
Sunday, May 15, 2016
Friday, May 13, 2016
Perkembangan positif seawal 3 hari
Alhamdulillah.... Testimoni dari Agen Genius Booster DeAlami yang tinggal di Seri Manjung, Perak, Tuan Amin Noraminizam Bakar.
Perkembangan positif anak kembar beliau seawal 3 hari selepas amalkan Genius Booster :
+ mudah bangun awal untuk ke sekolah
+ rajin baca buku & buat network
+ suka rasa Genius Booster, sedap & best
+ tak perlu paksa makan Genius Booster
Semua dengan izin Allah jua... Alhamdulillah.... 😄
Bagi anda yang berada di sekitar Manjung & Setiawan, Perak boleh hubungi beliau. Insyaallah. 😄✌🏻️
#TestimoniGeniusBooster
#GeniusBooster
#DeAlamiShoppe
#AgenDiperlukan
Subscribe to:
Posts (Atom)




























